Sunday 29 January 2023

 Soalan Latihan

Latihan Esei

1.   


         1)    Berikan penjelasan beserta contoh yang tepat terhadap perkara berikut:

(a)    Penilaian autentik. (5markah)




(b)   Penilaian formatif. (5markah)

 




2.     2)  Dengan merujuk kepada satu (1) masalah yang berlaku dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, jelaskan bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan penyelidikan tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut. (10markah)

 






Isu-isu

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pt3-mansuh-dua-isu-besar-perlu-ditangani-kpm-dalam-memperkasa-pbs-365041

 

 Glosari 


Autentik

Dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.


Formatif

Pentaksiran yang dibuat berdasar apa yang telah diajar atau ditetapkan untuk menilai penguasaannya.


Sumatif

Pentaksiran formal yang berlaku pada akhir sesuatu unit untuk menggredkan pencapaian pelajar.


Kualitatif

Kualiti, berkaitan dengan kualiti dan mutu.


Kuantitatif

Kuantiti, berkaitan dengan kuantiti.


Penilaian

Perihal atau pembuatan menilai, pentaksiran.


Penyelidikan

Pembuatan menyelidik, pemeriksaan- telah pun dijalankan oleh kanak-kanak.


 Penutup


Guru hendaklah memandang berat dan memahami konsep penyelidikan yang berkait rapat dengan pengajaran. Menurut Bennet (1993), guru masih lagi menganggap penyelidikan atau kajian tindakan dapat membantu guru mempersiapkan diri untuk melakukan perubahan berdasarkan penyelidikan dengan pengalaman sendiri. Kajian tindakan ini memainkan peranan yang penting di dalam dunia Pendidikan. Seharusnya, guru memanfaatkan peluang yang sedia ada unutk menjalankan penyelidikan untuk mencari dan menilai kaedah dan penyediaan bahan pengajaran yang menarik dan interaktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, semua sekolah dan institusi kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu dan bekerjasama melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut jasmani, rohani, intelek dan sosial dari bangku sekolah lagi.

 Soalan Latihan Latihan Esei 1.               1)      Berikan penjelasan beserta contoh yang tepat terhadap perkara berikut: (a)     Pen...